ViewerS

Kamis, 15 Agustus 2013

★★ Jika Aku ★★


Jika aku mencintaimu kerana sifatmu yang ceria
Menjadi semangat yang menyala dalam hatiku
◆ Kemudian aku bertanyakan diri sendiri
... Bila keceriaan itu kelam dirundum duka
Seberapa muram cintaku padamu akan ada..??

Jika aku mencintaimu kerana kecantikkanmu
Meredupkan pandangan dimataku
◆ Kemudian aku bertanyakan diri sendiri
Saat kecantikkan itu memudar di tempuh usia
Seberapa pudarkah kelak cintaku padamu....??

★ Jika aku mencintaimu kerana keramahanmu
Memberi kehangatan dalam setiap sapaanmu
◆ Kemudian aku bertanyakan diri sendiri
Kiranya keramahan itu tertutup kabut prasangka
Seberapa mampu cintaku memendak praduga...??

Jika aku mencintaimu kerana cerdasnya dirimu
Membuat ku yakin pada setiap pekerjaanmu
◆ Kemudian aku bertanyakan diri sendiri
Disaat sifatmu yang manja menjengah
Seberapa besar cintaku padamu untuk dibanggakan...??

Jika aku mencintaimu kerana sikap egomu
Menambatkan rasa kagumku pada utuhnya pertahananmu
◆ Kemudian aku bertanyakan diri sendiri
Andai tembok keegoan itu berjaya ku runtuhkan
Seberapa kuat cintaku yang tinggal...??

Jika aku mencintaimu kerana pengertian yang kau berikan
Menumbuhkan ketenangan dengan kepercayaan yang kau
tanam
◆ Kemudian aku bertanyakan diri sendiri
Kelak pengertian itu ditelan ego sesaat
Seberapa banyak mampuku mengerti cinta ini...??

Jika aku mencintaimu kerana luasnya kesabaranmu
Menambah dalamnya rasa cinta
Semakin ku mengenalmu.
◆ Kemudian aku bertanyakan diri sendiri
Mungkin kesabaran itu mencapai
Batasnya suatu hari nanti
Seberapa besarkah cintaku mampu memaafkan...??

♥Jika aku mencintaimu kerana keteguhan imanmu
Bagai siraj yang benderang mengantarkan cahaya
◆ kemudian aku bertanyakan diri sendiri
Kala iman itu jatuh merundum
Seberapa berkurang akhirnya cintaku padamu...??

Jika aku mencintaimu kerana engkau yang
Telah kupilih sebagai cintaku
Yang kan kupegang sepanjang hayat
◆ Kemudian aku bertanyakan diri sendiri
Saat hati ini tergoncang
Seberapa mantapkah cinta ini untuk tetap setia...??

★★ Biarpun sejuta alasan
Tetap tidak mungkin cukup
Membuat cintaku tetap bersamamu
● Melainkan jika aku mencintaimu kerana Illahi
Kerana Diakan selalu ada
Untuk menjaga keutuhan cinta ini

★★ Hingga kelak ku tak mampu lagi
Mencintaimu...
Kerana cintaku... Berpulang kepada-Nya.

Aamiin ya Robbal'alaamiin. ..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar