ViewerS

Minggu, 18 Agustus 2013

★ CORETAN BUAT AKHI WA UKHTI ★

••Ya Akhi...

"Jangan salah menaruh cinta.
kerana engkau akan menyesal selamanya.
titipkanlah cintamu pada wanita solehah.

yang menutup mahkotanya dengan sempurna dengan pakaian
takwa.

kerana kelak dari rahimnya akan lahir cahaya mata.
yang kan menjadi penolong agama dan dakwah".

◆◆ Maka.
"Janganlah engkau salah menaruh cinta.
titipkanlah pada wanita solehah.
kerana ia adalah bidadari dunia.
anugerah terindah yang Allah berikan kepadamu".

>>>Sabda baginda Rasulullah, " Seseorang wanita itu
dikahwini kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan
agamanya. Tetapi sebaik-baiknya pilihlah yang
bertanggungjawab terhadap agamanya. Kerana hal itu tentu
akan menyenangkanmu." (Riwayat Bukhari, Muslim)
"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah.

✿•.❀¸.••.❀.❀❀.••.¸✿ ✿¸.•✿•.❀¸.••.❀.❀❀.••.

••Ya Ukhti.
"Jangan salah menaruh cinta.
kerana engkau akan merana selamanya.
titipkanlah cintamu pada lelaki yang soleh.
yang ada AGAMA di hati yang mampu menjadi iman dalam
solatmu kelak.

kerana ia bakal menjadi bapa kepada anak-anakmu.

★ Maka
Janganlah engkau salah menaruh cinta.
titipkanlah pada lelaki yang soleh.
kerana di hati dia akan sentiasa berusaha sama-sama
mencari jalan kesyurga bila bahtera di layar dan masjid di
bina.

>>>Lelaki soleh dijelaskan dalam Al-Qur’an adalah sebagai
berikut:

“Dan diantara ahli kitab ada sekelompok orang yang berlaku
lurus. Mereka membaca ayat-ayat Allah di malam hari,
sedang mereka bersujud (maksudnya, mengerjakan solat
malam sambil membaca kitabullah). Mereka beriman kepada
Allah dan hari akhir, mereka mengajak pada kebaikan dan
mencegah dari perbuatan mungkar, dan mereka bersegera
mengerjakan kebaikan-kebaikan. Mereka itulah orang-orang
yang soleh”.
(Ali Imran 133-134).

✿•.❀¸.••.❀.❀❀.••.¸✿ ✿¸.•✿•.❀¸.••.❀.❀❀.••.

Sahabat Love's Motivation


••Semoga kita semua menjadi insan yang soleh dan solehah
serta mendapat pasangan yang soleh dan solehah....INSY
AALLAH

••HasbunAllah Wani' mal waqil Semoga Yang Hadir Itu
Menguatkan Kasih ku Dengan Illahi iaitu Pemilik Seluruh Hati
Ini

♥(◕‿◕ )Aamin Aamin Ya Rabbal Alamin♥( ◕‿◕ )

Tidak ada komentar:

Posting Komentar